DUNIA AKHIR ZAMAN!! (2 Gambar) Pasangan Sejenis Buat Kenduri Kahwin, Siap Jemput Orang Kampung Bagai... - Meraki

Breaking

BANNER 728X90

Ahad, 11 Oktober 2015

DUNIA AKHIR ZAMAN!! (2 Gambar) Pasangan Sejenis Buat Kenduri Kahwin, Siap Jemput Orang Kampung Bagai...


$%SEMATA-MATA mahu ‘feeling feeling’ berkahwin seperti pasangan lain, pasangan sejenis di Boyolali, Jawa Tengah, Indonesia telah mencetuskan kontroversi, semalam.

Kedua-dua mereka yang direkod jantina sebagai lelaki dalam kad pengenalan, dikatakan berdegil melangsungkan majlis persis majlis perkahwinan yang biasa berlangsung di Desa Cluntang dan turut menjemput penduduk setempat.








Pada majlis tersebut, Dumani Alias mengenakan persalinan pengantin lelaki manakala pasangannya yang dikenali sebagai Ratu Airin Karla berpakaian pengantin perempuan Jawa lengkap dengan sanggul dan hiasan bunga melati.
Majlis yang dihadiri itu turut menyaksikan adat bersanding dijalankan seperti di majlis perkahwinan lain malah kain rentang bertulis “Tasyakuran Bersatunya Ratu Airin Karla dan Dumani, Mohon Doa Restu” turut digantung selain dimeriahkan dengan muzik dangdut.
Pemerintah setempat bagaimanapun menjelaskan, tidak ada majlis pernikahan sesama jenis pernah diberikan keizinan kerana ianya secara terang-terangan melanggar adat dan budaya meskipun “pengantin perempuan” pernah membuat permohonan.
Justeru, majlis tersebut dikatakan sekadar meraikan pasangan itu di kalangan tetamu yang mereka kenal dan bukannya majlis pernikahan.
Orang kampung pula didakwa bergotong royong memasak dan hadir sebagai tanda muhibah semata-mata meskipun ada yang tidak setuju. – via MYNEWSHUB.CC

1 ulasan:

  1. The Best Casinos in South Africa
    The winwinbet casinos in South 스포츠 분석 사이트 Africa are 골든 리치 the best places for you to stay for some good entertainment. The casinos have 룰렛규칙 plenty of table games, live 코인갤

    BalasPadam