DIET adalah pembedahan plastik paling mujarab!
Itulah ungkapan viral yang mendapat perhatian orang ramai di seluruh dunia sepanjang minggu ini.
Ungkapan emas yang disertakan dengan gambar transformasi menakjubkan oleh pasangan dari Korea ini ternyata memberi impak positif serta semangat baharu bagi masyarakat yang mengimpikan tubuh badan yang ideal.
Gambar Song Jin Yoo dan Shin Jin Hoo yang dahulunya gempal tetapi kini lansing serta ideal telah memberi inspirasi kepada orang ramai.
Mengamalkan diet yang sihat berbanding menjalani pembedahan plastik yang amat popular bagi masyaratakt di sana, pasangan ini berjaya membuktikan usaha mereka serta amalan pemakanan yang sihat sangat membantu dan berkesan.
Mereka juga sangat komited dengan senaman yang disertakan dengan mengangkat berat dua kali seminggu dan melakukan aerobik 3 jam setiap hari.
Jin Yoo yang dahulunya memiliki berat badan seberat 83 kg telah berjaya menurunkan beratnya sebanyak 12 kg. Berat badan Jin Yoo yang terbaru adalah 71 kg.
Jin Hoo pula yang memiliki berat badan seberat 71 kg sebelum ini berjaya membuat perubahan drastik dengan hilangnya 22 kg sekali gus menjadikan beratnya yang terkini adalah 49 kg.
Memang mengagumkan perubahan mereka ini. Jelas usaha dan kegigihan lebih memuaskan berbanding mengambil inisiatif seperti pembedahan plastik yang tidak pasti apa risiko yang bakal ditanggung.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan