Berlainan pula dengan pasangan pengantin Lisa Luts, 29 yang berkahwin pada 28 Ogos lalu. Dia mengambil keputusan untuk menjadi pengantin dan mengambil gambarnya sendiri pada hari tersebut. Hasilnya memang menakjubkan!
“Saya dan suami tidak mahu majlis perkahwinan pun. Kami hanya mahu ianya sah dan sambut kecil-kecilan,” kata Luts.
“Jadi saya ambil keputusan untuk ambil gambar sedari saya bangun pagi hinggalah saya kembali semua ke rumah untuk mendapatkan perspektif dari mata saya sepanjang hari daripada kaca mata orang lain.”
Walaupun Luts dan suaminya mempunyai sebuah syarikat yang memberikan khidmat fotografi, video dan juga animasi, tapi pada hari itu mereka hanya menggunakan sebuah kamera digital biasa sahaja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan