Kisah ibu hebat yang sanggup bekorban menjaganya yang kurang upaya, Tok Meliah bukan sahaja menjadi bualan media dan netizens di Malaysia, bahkan menjadi bualan pengguna media sosial antarabangsa.
Pemrgian ibu cekal ini ,menghadap ilahi Jumaat lalu pada umur 101 tahun di Kampung Nako Nambua, Padang Terap Kedah turut disiarkan oleh agensi berita luar negara.
Shehab News Agency yang berpenkalan di Palestin semalam telah menyiarkan gambar Tok Meliah bersama anaknya, Orang Kurang Upaya (OKU), Abdul Rahman Saud, 63, yang dijaganya sejak kecil hingga akhir hayatnya.
Gambar tersebut dimuatnaik dengan kapsyen " #Photos: "Meliah" Great Malaysian Mother died aged 101, having been caring for her son younger-Rahman (63 year) paralyzed since birth."
Ternyata dengan gambar tersebut rata-rata pengguna media sosial dari sana dan mungkin hampir keseluruhan negara Arab melihatnya dan melahirkan rasa sedih dan memuji ketabahan Tok Meliah.
Gambar itu telah di "like" oleh 30 ribu orang dan telah dikonsi lebih 4 ribu kali oleh pengikut laman Facebook Shehab News Agency.
Abdul Rahman kini dijaga oleh anak saudaranya, Siti Jaleha Yunus selepas dipesan oleh Tok MEliah sebelum menghembuskan nafas terakhir.
Apapun mari bersama-sama kita sedekahkan surah Al-Fatihah kepada Tok meliah semoga ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan