Model 6S dan 6S Plus dari iPhone mempunyai saiz yang sama dengan model sebelum ini, namun mempunyai kamera yang lebih bagus, cip lebih pantas dan sentuhan ‘3D Touch’.
Bercakap di hadapan ribuan penganalisis, wartawan dan pekerja Apple, Ketua Eksekutif Apple,Tim Cook turut memperkenalkan produk iPad baharu, iaitu iPad Pro.
Saham Apple jatuh 1.9 peratus kepada $110.15, sekali gus mencerminkan produk-produk yang transformatif yang boleh melonjakkan jualan syarikat itu menjelang musim cuti nanti.
Menurut BTIG Research Data, saham Apple jatuh 0.4 peratus ketika pengumuman model iPhone baharu setiap tahun sejak tiga tahun lepas.
“Orang suka membenci pengumuman Apple kerana harapan begitu tinggi namum mereka tidak mampu untuk capai tahap itu,” kata pengurus portfolio Firsthand Technology Opportunities.
Di Twitter, pengguna kagum dengan Apple TV dimana ia akan mempunyai Apple Store miliknya sendiri dan juga ciri Siri.
Tidak ramai yang sukai iPad Pro, dimana ramai berkata ia terlalu besar dan hampir sama dengan tablet Surface milik Microsoft.
iPhone terbaharu juga hampir sama dengan model keluaran setahun lalu.
“Ciri 3D Touch sahaja tidak cukup untuk menaik taraf kepada iPhone baharu,” kata netizen, Ikechukwu Nwanze.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan